Berita Harian Online | Simpang tiga Kuala Krau perlu lampu isyarat

Berita Harian Online | Simpang tiga Kuala Krau perlu lampu isyarat




 Pengguna   minta  lampu isyarat di persimpangan Jalan Kuala Krau ke Kampung Paya Luas bagi mengelak nahas maut.

Pengguna minta lampu isyarat di persimpangan Jalan Kuala Krau ke Kampung Paya Luas bagi mengelak nahas maut.




KUALA KRAU: Pengguna jalan raya di sini sering mengaitkan kawasan persimpangan Kuala Krau ke Paya Luas dan tanah rancangan FELDA Jenderak sebagai persimpangan maut kerana sering berlaku kemalangan di kawasan itu. 

Berikutan itu, pengguna mencadangkan pihak berkuasa tempatan menyediakan lampu isyarat di kawasan persimpangan berkenaan bagi membantu mengurangkan kejadian kemalangan sekali gus melancarkan lalu lintas.

Kesesakan di persimpangan itu lebih ketara pada hari persekolahan kerana ibu bapa menghantar anak ke Sekolah Menengah Kuala Krau, Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Luas dan SK Penderas, SK FELDA Jenderak Utara, SK Kuala Krau dan SK Jenderak Selatan.
Seorang pengguna, Ismail Md Resat, 55, berkata, persimpangan Kuala Krau ke Paya Luas perlu dipasangkan lampu isyarat bagi keselamatan pengguna kerana laluan itu sentiasa sibuk. 

Katanya, pekan Kuala Krau menjadi tumpuan dan laluan utama pengguna dari Temerloh ke Jerantut, Taman Negara dan Kuala Lipis di samping sebahagian besar penduduk tanah rancangan FELDA Wilayah Jengka yang ingin berurusan ke Kuala Krau. 

“Pekan Kuala Krau kini sedang pesat membangun dan pihak berkuasa tempatan perlu memikirkan keperluan pengguna supaya perjalanan lalu lintas tidak terganggu,” katanya. 

Abdul Hadi Mohammad, 45, pula berkata kerancakan pembangunan menyebabkan penduduk di tanah rancangan FELDA, kampung tradisional dan kawasan perumahan bertumpu di pekan ini. 
“Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan yang membesarkan jalan serta menyediakan papan tanda secukupnya di persimpangan jalan berkenaan untuk keselesaan pengguna. 

“Dengan adanya lampu isyarat boleh membantu melicinkan perjalanan lalu lintas di samping mengurangkan nahas,” 

No comments:

Post a Comment