Jangan Mudah Lafazkan Gagal



 

Setabah mana seseorang itu, tetap mempunyai perkara yang digeruni. Tidak di nafikan semua orang berasa amat takut untuk menghadapi kegagalan. Seharusnya perkara negatif itu dilihat daripada sudut positif untuk meneutralkannya. ketahuilah bahawasanya....

1) Tidak bermakna dan tidak lengkap kejayaan seseorang sekiranya dia tidak pernah   
    menghadapi sebarang kegagalan 

2) Kegagalan merupakan satu proses pembelajaran untuk menjadi lebih berjaya.

3) Kegagalan akan membantu untuk mematangkan diri dalam membuat keputusan pada masa 
    akan datang.

4) Tewas untuk menghadapi ketakutan terhadap diri sendiri merupakan kegagalan yang paling 
     teruk.

5) Ketahuilah semakin banyak kamu mengalami kegagalan, semakin dekat kamu menghampiri 
    kejayaan.

6) Seseorang itu akan gagal sekiranya pemikirannya hanya memikirkan kegagalan.

7) Apabila gagal, kamu sebenarnya telah mengambil langkah pertama untuk berjaya.

8) Setiap kegagalan akan membuka peluang kepada kejayaan yang baharu. Gagal sekali tidak 
    bermakna kamu  akan gagal untuk selama lamanya.







7 kelebihan bersabar





7 kelebihan bersabar

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:
“…dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan mejadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang Allah berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas manfaatnya daripada kesabaran.” 

Riwayat Bukhari & Muslim


Pengajaran:

1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat islam

2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah mempunyai latihan yang berterusan.

3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang yang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.

4. Orang yang bayak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-sobirrun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.

5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.

6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah Taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai ke akhirat.

7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
  • >> Masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
  • >> Diampunkan dosa-dosa yang lalu
  • >> Memiliki iman sejati