Jangan Mudah Lafazkan Gagal



 

Setabah mana seseorang itu, tetap mempunyai perkara yang digeruni. Tidak di nafikan semua orang berasa amat takut untuk menghadapi kegagalan. Seharusnya perkara negatif itu dilihat daripada sudut positif untuk meneutralkannya. ketahuilah bahawasanya....

1) Tidak bermakna dan tidak lengkap kejayaan seseorang sekiranya dia tidak pernah   
    menghadapi sebarang kegagalan 

2) Kegagalan merupakan satu proses pembelajaran untuk menjadi lebih berjaya.

3) Kegagalan akan membantu untuk mematangkan diri dalam membuat keputusan pada masa 
    akan datang.

4) Tewas untuk menghadapi ketakutan terhadap diri sendiri merupakan kegagalan yang paling 
     teruk.

5) Ketahuilah semakin banyak kamu mengalami kegagalan, semakin dekat kamu menghampiri 
    kejayaan.

6) Seseorang itu akan gagal sekiranya pemikirannya hanya memikirkan kegagalan.

7) Apabila gagal, kamu sebenarnya telah mengambil langkah pertama untuk berjaya.

8) Setiap kegagalan akan membuka peluang kepada kejayaan yang baharu. Gagal sekali tidak 
    bermakna kamu  akan gagal untuk selama lamanya.







7 kelebihan bersabar





7 kelebihan bersabar

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:
“…dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan mejadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang Allah berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas manfaatnya daripada kesabaran.” 

Riwayat Bukhari & Muslim


Pengajaran:

1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat islam

2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah mempunyai latihan yang berterusan.

3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang yang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.

4. Orang yang bayak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-sobirrun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.

5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.

6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah Taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai ke akhirat.

7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
  • >> Masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
  • >> Diampunkan dosa-dosa yang lalu
  • >> Memiliki iman sejati

Beruntungnya Wanita Dicipta Mempunyai Rahim


Wanita itu telah diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan yang tiada pada seseorang lelaki di muka bumi ini.
Allah SWT telah meletakkan perbezaan sifat, perasaan dan fizikal antara seorang lelaki dengan seorang wanita amatlah berbeza.
Wanita telah dicipta dengan mempunyai rahim dalam tubuh badan di mana kehebatannya membuatkan seorang wanita itu boleh mengandung dan melahirkan bayi melalui organ peranakan itu.
Dengan rahim itulah, seseorang wanita mendapat keuntungan sepanjang kehidupannya berbanding lelaki.
Antara kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.
Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. Berbeza dengan kaum adam, mereka tidak diberi cuti solat dan hukum menunaikan solat itu wajib bagi dirinya semenjak baligh hinggalah ke akhir hujung nyawa.
Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.
Bagi wanita yang telah bersuami, si isteri akan mendapat ganjaran pahala di atas segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya tetapi tidak menanggung dosa-dosa yang suami lakukan.
Malah, ketika di akhirat nanti, wanita solehah pasti akan terkejut apabila mendapat ganjaran pahala yang berlebihan hasil dari kebaikan yang dilakukan suaminya ketika hidup di dunia dan segala pahala itulah yang dapat membantu suaminya ketika sedang meniti titian Siratulmustaqim untuk menuju masuk ke syurga.
Manakala, suami pula tidak akan pernah terlepas dari tugas-tugas berat untuk mendidik isteri dan anak-anak dari melakukan sebarang dosa kerana di akhirat kelak, suamilah yang akan bertanggung jawab di atas segala kejahatan yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak.
Oleh itu, setiap wanita haruslah menjaga kehormatan diri dan sentiasa taat kepada suami agar sama-sama tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam syariat Islam.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk ‘diluruskan’ oleh lelaki. Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok boleh menghasilkan bayang yang lurus. Luruskan wanita itu dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah SWT kerana sememangnya mereka diciptakan sebegitu rupa.
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara. Lelaki pula, janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kapadaNya.

Geng kus kus

Wassup2.  tahun 2012 ni tak update blog lg.  maklumla bz sgt ( tak de la bz mane pon ). hehe.  just nak bagitaw cuti ritu de buat reunion la kononnyer..  dengan member sekolah,  tapi yg datangnyer 4 orang jer..  whatever la janji jumper..  hehe.. so nk share la pic2 kitorang yg vogidevazzz gitu.. hahaha 









Ni la 4 orang tu termasuk la sy.  Linda, sitra, falina and me















Gune camera  hpn depan cam ni la jd nyer..  hehe













yg background tu bkn member kitorang yer..  hiasan semate2..  hehe












3 Gadis ayu













gadis melayu


























































































with Falina













with Sitra
















alalala nk bermanje plak die..
















with Linda















we are friend forever..  TaMaT












PAHALA SEORANG WANITA

hye kwn2


kali ni sy nak post tentang pahala untuk seorang wanita.  di bawah ini disenaraikan fadhilat ke atas seseorang perempuan apabila melakukan sesuatu pekerjaan.  mudah mudahan ini dpt memberikan motivasi utk kita terus menjadi muslimah yg solehah..


1. Seorang wanita solehan adalah lebih baik daripada 70 org lelaki soleh.


2. Seorang wanita yg jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yg jahat.


3. Dua rakaat solat dari wanita yg hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yg   
    tidak hamil.


4. Wanita yg memberi susu kpd anaknya daripada badannya akan dpt 1 pahala daripada tiap-tiap  
    titik susu yg diberikannya.


5. Wanita yg melayan baik suami pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala 
    jihat.


6. Wanita yg habiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yg sakit  
   akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


7. Wanita yg melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami melihat isterinya dengan kasih  
    sayang akan dipandang Allah swt dengan penuh rahmat.


8. Wanita yg menguli tepung gandum dengan Bismillah Allah swt akan berkatkan rezekinya.


9. Wanita yg menjaga solat, puasa, aurat dan taat pada suami, Allah swt akan mengizinkannya  
    untuk memasuki syurga dari mana2 pintu yg dia suka.


10. Wanita yg hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


11. Wanita yg bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa. setiap kesakitan pada 1 
      uratnya Allah swt mengurniakan 1 pahala haji.


12. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati 
      shahid.




pic2 yang menarik

hye aollzz


post kali ni saje nak share pic yg menarik..hope u ollz like it..layaaaan



bayang kan la kalau tembok besar cina jadi macam sunway lagoon..  hehe







jalan yg boleh ditarik..







sape2 nak beli camera nikon model terbaru..  gambar gergasi boleh tangkap

































lukisan yg menarik























kehidupan manusia




                                                                         

    Hidup
kadang kadang gembira
kadang kadang kecewa
kadang kadang suka
kadang kadang duka
kadang kadang susah
kadang kadang senang

Hidup
ingin aku mengejar erti kehidupan
ingin aku sentiasa merasa bahagia dan gembira
yang sempurna tanpa ada rasa duka dan kecewa
di hati yang suci ini

Hidup
tak ingin aku berasa kecewa 
walau secebis
walau sesaat
aku ingin gembira setiap masa

Hidup
walaupun kadang kala berdepan dengan musibah
itu hanya lah satu ujian dari yang maha esa
aku pasrah dengan hidup dan takdir ini
dan aku pasti semua yang berlaku pasti ada hikmahnya
setiap manusia yang  lahir pasti ada kelemahan dan kelebihan
masing-masing